Monday, November 26, 2007

Profil Keluarga malaysia






LATARBELAKANG KELUARGA MALAYSIA



Kini Malaysia sedang menghadapi peralihan kearah negara dan masyarakat maju. Dalam peringkat peralihan ini berbagai perubahan berlaku dalam ekonomi dan sosial. Jumlah penduduk Malaysia pada pertengahan tahun 1998 berjumlah dua puluh dua juta (22 juta) orang dan dijangka akan meningkat kepada tiga puluh tiga juta orang (33 juta) pada tahun 2020. Bilangan kanak-kanak berumur lima belas tahun ke bawah akan meningkat daripada 7.5 juta orang pada tahun 1998 kepada 10.1 juta orang pada tahun 2020. Hampir setengah daripada jumlah ini adalah wanita, 33.4 peratus kanak-kanak berumur 14 tahun ke bawah, 62.2 peratus perumur 15-64 tahun dan 3.8 peratus berumur 65 tahun ke atas. Bilangan wargatua berumur 60 tahun ke atas akan turut meningkat daripada 1.3 juta orang atau 5.8 peratus pada tahun 1995 kepada 1.4 juta orang atau 6.3 peratus dalam tahun 2000 dan seterusnya kepada 3.3 juta orang iaitu 9.8 peratus pada tahun 2020. Perubahan juga berlaku di peringkat keluarga dan masyarakat. Struktur keluarga hari ini banyak terdiri daripada keluarga asas (nuclear) dan bilangan isirumah dan keluarga pula semakin mengecil. Umur perkahwinan pertama di kalangan wanita semakin meningkat. Bilangan wanita berpendidikan tinggi yang menyertai tenaga buruh turut bertambah.Dengan secara langsung atau tidak langsung perubahan-perubahan ini telah mempengaruhi gaya hidup dalam keluarga dan masyarakat. Gaya hidup ini ada yang positif dan aga juga yang negatif. Nilai-nilai tradisi keluarga dan masyarakat semakin tercabar dengan unsur-uinsur moden agak asing pada keluarga dan masyarakat. Implikasi perubahan-perubahan ini ada yang bnaik dan ada yang tidak diterima oleh masyarakat dan ada pula membebankan. Kesan negatif yang dialami dalam zaman peralihan ini ialah dari segi masalah sosial dalam masyarakat.Penemuan-penemuan hasil kajian LPPKN ada menggambarkan sedikit sebanyak tentang perubahan-perubahan yang sedang berlaku dalam keluarga dan masyarakat kini.Hasil-hasil kajian LPPKN adalah sejak tahun 1988. Metodologi kajian adalah saintifik untuk menentukan sampel yang boleh diyakini dan kualiti data dipastikan melalui penyeliaan yang rapi semasa kerja lapangan dan pemerosesan data serta penganalisaan.




KELUARGA MALAYSIA



Malaysia sedang mengalami perubahan demografi akibat daripada pembangunan sosio ekonomi yang pesat. Proses ini telah mempengaruhi corak dalam pembentukan keluarga, kehidupan berkeluarga serta perubahan yang agak ketara ke atas komposisi dan struktur keluarga. Pembangunan sosio-ekonomi yang pesat juga telah membawa perubahan kepada kitaran hidup berkeluarga, caragaya hidup berkeluarga, norma serta nilai, perhubungan dalam keluarga, sikap terhadap perkahwinan, penjagaan anak dan penjagaan wargatua.Keluarga merupakan unit asas dalam masyarakat. Ia menyediakan jpersekitaran yang pertama bagi proses sosialisasi. Keluarga terdiri daripada sepasang suami isteri yang dihubungkan melalui ikatan perkahwinan yang sah dari segi agama, adat resam dan undang-undang, termasuklah anak-anak serta individu-individu lain yang mempunyai pertalian darah dan angkat. Pada dasarnya, terdapat dua jenis struktur keluarga, iaitu keluarga asas dan keluarga luas.Keluarga di Malaysia terdiri dari pelbagai kaum dan keturunan. Antaranya ialah keluarga Melayu, Cina dan India di Semenanjung Malaysia serta Iban di Sarawak dan Kadazan di Sabah. Sehubungan dengan itu, keluarga Malaysia mempunyai pelbagai gaya hidup berdasarkan kepada agama, kepercayaan dan adat resam sesuatu kaum itu.Agama Islam merupakan pegangan hidup bagi kaum Melayu di Malaysia. Justeru itu segala amalan dan budaya yang diamalkan oleh kaum Melayu adalah berdasarkan kepada hukuman Islam. Bagi kaum Cina, ajaran Buddha adalah ajaran yang dianuti oleh kebanyakan mereka manakala agama Hindu pula adalah agama lyang dianuati oleh kebanyakan kaum India.Kepelbagaian kaum memperkayakan lagi budaya Malaysia dan keharmonian hidup antara kaum membawa kepada asimilasi budaya. Ziarah menziarahi di musim perayaan dan penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan mempereratkan lagi perpaduan di antara kaum. Walau bagaimanapun, penggunaan Bahasa Inggeris serta bahasa-bahasa ibunda sesuatu kaum seperti Mandarin, Tamil dan bahasa-bahasa tempatan yang lain tetap digalakkan.Pembentukan keluarga bagu dan isirumah serta migrasi telah mengubah corak struktur keluarga di Malaysia yang dahulunya lebih kepada keluarga luas yang kini beralih kepada keluarga asas. Komposisi keluarga pula semaikn kecil iaitu tiga orang anak bagi sepasang suami isteri Sungguhpun masyarakat Malaysia hidup secara moden namun norma dan nilai ltradisi masih tetap diamalkan oleh kebanyakan keluarga. Perhubungan dalam keluarga juga mesra di mana hubungan anak-anak ldan ibubapa masa kini tetap hormat menghormati. Hubungan kekeluargaan dipereratkan lagi melalui ziarah menziarahi dan budaya balik kampung yang diamalkan sewaktu musim perayaan.



Sumber:

LPPKN dalam e-Sakinah

1 comment:

Melur Jelita said...

sesuatu yg baik utk difahami bersama