Saturday, October 10, 2009

Biografi Ibu Mithali ke-2






Oleh : Nik Safiah Karim dan Rokiah Talib

Terbitan: YADIM
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)


Kompleks Pusat Islam,

Jalan Perdana 50480,

Kuala Lumpur.

Phone : 03-22746077 / 6090 / 4919

Fax : 03-22732330


Pada tahun 1980, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah memperkenalkan anugerah Ibu Mithali sebagai satu penghargaan kepada kaum wanita. Penerima yang pertama ialah Ibu Enjah, seorang ibu yang tidak menerima pendidikan formal dan kehilangan suami sewaktu anak-anaknya masih kecil. Namun begitu, ibu tunggal ini telah berjaya mengasuh mereka sehingga menjadi manusia yang berjaya. Beliau juga telah memberi sumbangan kepada masyarakat dalam bentuk penglibatan dalam bidang politik Negara dan dalam kegiatan pertubuhan koperasi. Pada tahun 1984, penerima anugerah Ibu Mithali yang kedua ialah Hajah Wan Mas binti Wan Ibrahim. Disebalik kesibukan beliau menjalankan tugas sebagai guru, berpindah-randah mengikut tempat ditugaskan, Hajah Wan Mas, dengan sokongan suaminya, Haji Nik Omar, telah berjaya mendidik lapan orang anak sehingga mencapai tahap kejayaan yang membanggakan. Ada yang menjadi guru siswazah, ada yang menjadi doktor dan ada yang memegang pelbagai jawatan tinggi dalam perkhidmatan kerajaan. Disamping menjadi isteri dan ibu yang berjaya, dan berjaya pula dalam kerjaya sendiri, Hajah Wan Mas juga terlibat dengan kerja-kerja sukarela dan banyak berkhidmat kepada jiran tetangga dan orang-orang sekampung. Satu tindakan yang amat bererti ialah sumbangan sebahagian daripada tanah kepunyaan beliau dan keluarga sebagai tapak untuk membina masjid di kampungnya, Kampong Banggol.



HARGA : RM 33.00


No comments: